Blogger Tricks

Tuesday, July 15, 2008

Definasi Dan Konsep Rekreasi

Memahami makna asas rekreasi membantu komunikasi yang konsisnten di kalangan peserta, pendidik, penganjur acara dan para profesional. Tujuan utama penglibatan seseorang dalam aktiviti rekreasi adalah untuk turut serta, rasa seronok, bersosial dan mengisi masa lapang. Namun, rekreasi sebenarnya adalah sub-set kepada leisure. Leisure adalah konsep utama yang memayung istilah rekreasi dan aktiviti masa lapang yang lain termasuk sukan.

Leisure

Leisure berasal daripada kata Latin, licere yang bermaksud ‘bebas’. Ia kadangkala dikaitkan dengan bahasa Peranchis, loisir bermaksud ‘diizinkan’ Pendekatan klasik menjelaskan makna leisure ialah bebas daripada kontek masa, bebas memilih aktiviti dan tiada unsur paksaan.
Tiga konsep utama bagaimana pengkaji-pengkaji menterjemahkan makna leisure ialah leisure sebagai ‘masa lapang’ ; ‘satu aktiviti’ ; atau ‘keadaan dalam fikiran’. Mengikut Torkildsen (1994) , leisure itu tidak terikat dengan masa dan tidak semestinya bertentangan dengan kerja. Ia menegaskan jika sesuatu perkerjaan itu menyeronokkan (seperti bermain bola, bermain muzik, ataupun ‘mencuri’),maka ianya leisure. Dari satu perspektif, keadaan ini boleh membawa mudarat jika seseorang itu terlalu asyik, khayal, terlampau seronok atau terlalu lama melayan kehendak fikirannya.
Antara aktiviti leisure yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Murphy (1974) dan Neulinger (1974) sependapat mengatakan leisure itu sebagai kebebasan memilih dan bersifat motivasi diri. Dumazedier (1967) dan Kraus (1998) pula mengatakan bahawa leisure itu sebagai suatu aktivti, samada aktif mahupun pasif.Di Malaysia, konsep ini dirujuk sebagai ‘aktiviti masa lapang’. Kajian sejarah Malaysia turut menjelaskan masyarakat Negara ini memahami leisure sebagai aktiviti masa lapang. Sekarang, kita perhatikan penduduk Negara ini banyak menghabiskan masa lapang dengan melancong, balik kampong, shopping, bersiar-siar, menonton, ‘lepak’ di kedai mamak, memancing, main bola petang-petang, jogging dan beraktiviti di pusat kecergasan. Tidak terkecuali ada yang menghabiskan masa lapang dengan aktiviti negative (dari pandangan masyarakat) seperti lumba motor haram,bermain mesin kuda,menonton filem lucah dan berpeleseran /lepak terlalu lama di shooping malls
Apakah bezanya leisure berbanding rekreasi? Ternyata leisure merupakan konsep ‘payung ‘ yang merangkumi rekreasi, pelancongan, kebudayaan, dan sukan. Apakah asal usul kata rekreasi dan dimanakah kedudukan rekreasi dari perspektif aktiviti masa lapang?
Rekreasi

Istilah rekreasi berasal dari kata Latin recreation yang bermaksud restoration / recovery. Menurut Kelly (1982):
Recreation is restorative, providing refreshment or re-creation, not only for work but also for other social (familial, political, etc) activities. Recreation contains the consepts of restoration of wholeness of mind, spirit and body.
Mohd Salleh Aman(2004) mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti – maka ia dilakukan ‘demi’ penyertaan dan keseronokan.Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan.
Ternyata aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikan seperti sukan bola sepak, tenis dan seumpamanya. Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam sekitar sehaja. Ia meliputi aktiviti masa lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makan-makan, menonton pertandingan sukan, persembahan nyanyian, wayang dan TV. Ia juga merangkumi atau duduk-duduk sahaja (do nothing). Ia turut meliputi aktiviti kebudayaan masyarakat setempat seperti karnival flora dan fauna, perarakan kereta berhias; ia melibatkan aktiviti social seperti hari keluarga, sukaneka, rumah terbuka dan majlis makan malam. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan atas pilihan sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif, maka ianya adalah aktiviti rekreasi. Yang membezakan rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan aktiviti masa lapang yang membawa kesan negative kepada diri, keluarga dan masyarakat.




No comments: