Blogger Tricks

Friday, July 11, 2008

Pengenalan kepada rekreasi

Dari dahulu prinsip pengurusan tidak jauh berbeza. Prinsip-prinsip asasnya iaitu perancangan, penstrukturan organisasi, kepimpinan dan pengawalan tidak berubah sebaliknya yang banyak mengalami perubahan ialah aktiviti rekreasi. Kini trend rekreasi terlalu pelbagai. Cara hidup masyarakat era ini begitu rencam dilanda globalisasi menyebabkan aktiviti rekreasi jadi bermacam-macam.Sukan tergolong dalam rekreasi fizikal yang mana jenisnya telah bertambah.Sukan bola sepak umpamanya telah diubahsuai menjadi street soccer, beach soccer, dan bolasepak komputer.Sukan hoki, rugbi, bola tampar juga mengalami pengubahsuaian. Semuanya memerlukan peraturan, kemudahan, peralatan dan kepakaran yang baru. Isu ini membawa cabaran besar kepada pengurus sukan dan rekreasi. Sebelum melangkah menjadi pengurus tahap tertinggi dan menguasai kemahiran ‘kemanusiaan’ dan kemahiran ‘teknikal’ iaitu pengetahuan tentang rekreasi itu sendiri, yang sentiasa berubah sifatnya.
Perkara utama yang akan dijelaskan dalam kursus ini ialah makna dan perkembangan aktiviti rekreasi serta aspek-aspek pengurusannya di Malaysia. Perbincangan tertumpu kepada aktiviti rekreasi fizikal yang meliputi kegiatan sukan rekreasi. Kusus ini juga memuatkan maklumat aspek-aspek teknikal aktiviti kemahiran asas rekreasi. Makna-makna istilah seperti rekreasi, pengurusan rekreasi, program rekreasi , sukan rekreasi, rekreasi luar, rekreasi bandar, rekreasi berasaskan rumah, rekreasi aktif, rekreasi pasif dan sepertinya akan dikupaskan. Bagaimana sejarah aktiviti rekreasi bermula di Malaysia? Apakah trend rekreasi masa kini? Apakah trend rekreasi di universiti dan di bandar seperti Kuala Lumpur? Apakah faktor yang mempengaruhi trend ini? Apakah langkah-langkah utama perancang rekreasi di Malaysia? Semua persoalan ini akan dijawab penulis berdasarkan pengalaman, pendapat peribadi dan kajian ilmiah.

No comments: