Blogger Tricks

Friday, July 11, 2008

SEJARAH AWAL REKREASI DI MALAYSIA


Jika aktiviti rekreasi difahami sebagai aktiviti masa lapang yang merehatkan dan membina, makaianya telah wujud sejak awal kependudukan masyarakat Melayu lama di negara ini. Profesor Diraja Ungku Aziz (Temubual, 2001) menerangkan:
Orang Melayu tinggal di tepi-tepi sungai. Mereka tidak tinggal di hutan, orang Sakai tinggal di hutan. Mereka dibesarkan dengan pandai berenang. Mereka juga berlayar menyusur persisiran pantai. Tetapi sekarang berbeza, semakin ramai orang Melayu yang lemas.
Nordin Selat (1976) pula memetik penulisan Swettenham, F.A (1948) yang menyatakan:
“.....free time activities among the Malay Adminitrative Middle Class are include hunting, sailing along coasline, horse and elephant riding, cock fighting, sepak raga and kite flying”.


Mengikut sejarah, masyarakat Melayu adalah pedagang dan pelayar antarabangsa. Sejak 3000 tahun sebelum Masihi, mereka berlayar ke arah barat sehingga Madagascar, Africa Selatan dan ke arah timur sehingga Easter Island dan kepulauan Hawaii (Nik Hassan Shuhaimi) 1998: 76). Petempatan awal sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka juga telah dikesan di Lembah Bujang, utara Semenanjung. Kajian sosiology menyatakan kehidupan masyarakat awal ketika itu dicorakkan oleh aktiviti penanaman padi. Semasa musim menuai , penduduk kampung mengadakan pesta meraikan hasil yang diperolehi. Mereka mengadakan kenduri, bermain layang-layang, sepakraga bulatan dan gasing. Ini adalah aktiviti masa lapang masyarkat Melayu di Semenanjung, juga bumiputera Sabah, Sarawak dan penduduk Brunei. Jangkamasa beraktiviti ini dipanggil ‘senggang’ ( a gap; time in between). Dari kata asal senggang terbit kata kesenggangan yang bermaksud aktiviti masa lapang (Leisure)
Penjajahan telah mengubah corak aktiviti masa lapang dan rekreasi masyarakat Malaysia. Portugis (1511-1641) meninggalkan beberapa kesan bahasa dan budaya tarian di Melaka. Bagaimanapun pengaruh budaya Belanda (1641-1824) kurang setara, Cuma ada tinggalan bangunan lama. Penjajahan Inggeris (bermula1824 di Singapura, 1874 di Perak telah memperkenalkan banyak sukan moden seperti tenis, bola sepak, kriket dan sepertinya. Sukan-sukan moden juga dibawa dan dikembangkan oleh kaum imigran Cina dan India pada masa itu. Pada awal tahun 1950an, persatuan-persatuan sukan Malaya mula bergabung di bawah naungan Federation of Malayan Olympic Council. Pada tahun 1987, Kementerian Belia dan Sukan dipertanggungjawabkan menyelaraskan pembangunan sektor sukan dan rekreasi di Malaysia.
Maklumat sejarah awal dan perkembangannya di atas menjelaskan kepada kita bahawa konsep rekreasi telah wujud di Malaysia sejak zaman Melayu awal. Skop kefahaman masyarakat Malaysia terhadap rekreasi ialah dari perspektif ‘masa lapang’ (bukan satisfaction atau state of mind). Didapati pengaruh sukan moden telah menenggelamkan konsep rekreasi sebagai satu daripada komponen sosial yang penting. Sukan tradisional seperti layang-layang, gasing dan sepakraga telah di ‘elit’kan. Ia akhirnya tidak menjadi kebiasaan masyarakat- maksudnya tidak menjadi budaya masyarkat – tetapi hanya sebagai aktiviti pertandingan oleh sekumpulan kecil peserta yang berkemahiran tinggi dan ditonton oleh yang lain. Kepada bakal pengurus rekreasi, latar belakang sejarah di atas tentu, sekali membantu kita melihat perbezaan dan persamaan istilah leisure, rekreasi dan sukan, seterusnya memberi garis panduan kepada kita membuat program peranacangan rekreasi, menentukan polisi dan menyelaraskan program dan aktiviti rekreasi.

1 comment:

fatta din said...

setelah mengamati blog ni..upenye blog lecturer sy!hahaha..en muiz mmg terbaik la~